Seamaster Olimpik Tokyo 2020 - Glam Malaysia
Seamaster Olimpik Tokyo 2020 01

Seamaster Olimpik Tokyo 2020

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

OMEGA merangkap penjaga masa rasmi membentangkan tiga model Seamaster terbaru bagi mendukung temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Seramai 11,326 orang atlet dari tujuh benua dunia hadir di temasya sukan Olimpik Tokyo. Kembali untuk kali yang ke-29, OMEGA memerankan tanggungjawabnya sebagai Penjaga Masa Rasmi Sukan Olimpik; sejak  Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1932.

Berpunya pengalaman selama 90 tahun, OMEGA meneliti ketepatan rakaman masa serta pembacaan mata buat 339 acara untuk 33 jenis sukan yang dipertaruhkan. Kecekapan serta kepantasan pencatatan masa yang paling teknikal ini memerlukan 4000 tan kelengkapan serta peralatan canggih, langsung mencatatkan acara terbesar OMEGA setakat ini.

Selain, bertanggungjawab untuk mengawasi pecahan masa setiap acara, OMEGA turut sama membentangkan tiga jam tangan terbaru untuk memperingati temasya sukan berprestij ini. Barisan model Seamaster menjadi pilihan OMEGA, secara tidak langsung membayangi kepakaran terbaru rumah arloji ini di dalam mengolahkan model jam tangan yang ternyata gemilang.

See also
Serlahkan Ekspresi Diri