Use your ← → (arrow) keys to browse
Walau sedang berdepan dengan prosiding perceraian, ia tidak menghalang Kim Kardashian untuk menunjukkan penghargaan buat bapa kepada empat anaknya, Kanye West.
Ketika ulang tahun kelahiran Kanye yang ke-44 Selasa lalu, ramai peminat tertanya-tanya bagaimanakah Kim akan memberi reaksi. Biasanya selepas pasangan suami isteri berpisah, mereka sama ada akan menjauhkan diri antara satu sama lain atau atau mengekalkan komunikasi terbuka dengan memberi ucapan ringkas.
Namun reaksi yang diberikan Kim di media sosial dilihat terlebih mesra dan membuatkan peminat terkejut!
Pengasas Skims itu memuat naik satu foto di Instagram yang menunjukkan dirinya bersama Kanye dan anak-anak sedang tersenyum gembira. Ia tidak menghairankan memandangkan pelantun Believe What I Say itu tetap bergelar bapa kepada anak-anaknya.