Horizon Wanita: Hannah Delisha
Awal tahun ini, Hannah Delisha berkongsi khabar yang dia sudahsah menjadi isteri buat Imam Shah, juga pelakon asal Singapura. Berkahwin pada usia 24 tahun mungkin bagi orang lain dikira masih awal. Namun, Hannah menafsirkan ia sebagai satu jodoh dan rezeki daripada tuhan. Momen itu pastinya menggembirakannya. Juga, Hannah sempat berkongsi dengan saya yang momen membuatkan dia mampu menikmati nikmat bahagia adalah apabila selesai kerja. “Sejujurnya, saya cukup berasa gembira tatkala mampu selesaikan kerja di hari yang panjang!” sambil matanya bersinar menjawab jujur pada soalan yang diajukan. “Apakah kejayaan terbaik Hannah?” “Becoming a woman that I am today, kerana tidak dapat bayangkan yang saya mampu menakluki ketakutan saya sekarang. Sebenarnya, saya ini jenis yang introvert. Tetapi kini saya mampu untuk keluar menjadi personaliti dunia hiburan,” ujarnya. “Saya pula ada perangai yang selalu menjaga hati orang lain sehingga lupa tentang diri sendiri.”
“Siapa wanita yang menjadi inspirasi Hannah Delisha?” “Sejujurnya, tiada orang yang khusus. Kerana saya melihat wanita yang mempunyai semangat juang tinggi itulah boleh dijadikan contoh terbaik dalam kehidupan saya. Mereka yang bijak berdiri dengan kaki sendiri dan selalu percaya pada kata hati masing-masing juga adalah simbol wanita yang berkuasa sekarang. Lebih-lebih lagi semasa era Covid-19 sekarang yang mana wanita lebih bijak dalam menyuarakan pendapat mereka. Kini punya banyak platform yang lebih besar. Serta mereka bijak menggunakan media digital sebagai tempat melebarkan misi peribadi,” kongsi Hannah yang juga bakal menjalankan kerja amal khusus dalamkehidupan haiwan terbiar. Misi terbaru adalah untuk mengadakan kempen bersama Persatuan Haiwan Malaysia dalam membendung penambahan haiwan seperti kucing dan anjing terbiar yang mula banyak mendominasi Kuala Lumpur. Mengakahir temu bual, Hannah berkongsi yang nasihat terbaik dia boleh berikan pada diri sendiri untuk tidak soalkan kredibiliti diri.
Pautan Berkenaan: Horizon Wanita: Datin Nina Ismail Sabri