Staycation & Buka Puasa di Sheraton Petaling Jaya
Merancang untuk staycation Ramadan ini? Sheraton Petaling Jaya Hotel adalah destinasi lima bintang buat yang mahu merasai pengalaman lengkap berbuka puasa dan hidangan sahur dalam suasana yang cukup elegan.
Lokasinya terletak di pusat perniagaan utama di Petaling Jaya. Sheraton Petaling Jaya Hotel adalah destinasi lima bintang yang menjadi pilihan buat pelancong sosial dan bisnes, serta komuniti tempatan yang mahukan pengalaman berbuka puasa yang menyelerakan. Dan ianya terletak hanya 20 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Ramadan kali ini, Sheraton Petaling Jaya Hotel ada menawarkan bufet berbuka puasa ‘Feast Bazaar’ di restoran FEAST yang berada di aras tiga. Pengunjung akan disajikan dengan ajnas makanan, minuman serta pemanis mulut yang cukup menyelerakan. Dari sajian tadisional Melayu kepada hidangan segar Jepun, pengunjung pasti rambang mata untuk menikmati keseluruhan bufet ini.
Tidak sempurna bufet Ramadan tanpa kambing bakar bukan? Kambing bakar menjadi tarikan utama, selain pelbagai lauk-pauk bercitarasa tradisional budaya Malaysia. Makanan laut segar seperti tiram, udang dan kepah, serta sushi dan sashimi pasti memberikan kelainan pada juadah buka puasa nanti. Seleksi pemanis mulut yang disediakan di sana turut mencuri perhatian. Selain kuih-muih Melayu, terdapat juga wafel segar yang boleh dinikmati bersama aneka perisa aiskrim.
Buat pengunjung yang merancang untuk staycation pada hujung minggu, Sheraton Petaling Jaya Hotel turut menyediakan hidangan sahur buat pengunjung hotel.Terdapat dua pilihan makanan berbeza setiap hari dan akan dihantar ke bilik pada jam 4:30 pagi. Sama ada pilihan masakan tradisional mahupun barat, setiap hidangan akan disajikan bersama pilihan jus buah, buah-buahan dan juga minuman panas. Atau buat yang bukan Muslim, pengunjung masih boleh menikmati seleksi bufet sarapan pagi yang menampilkan citarasa lokal dan juga antarabangsa.
Setiap 253 ruang bilik kontemporari dan suite menawarkan Sheraton Signature Sleep Experience yang menenangkan, dan dilengkapi dengan televisyen LCD, bilik mandi yang luas dengan dua ruang untuk tab mandi dan bilik mandi yang berasingan. Pengunjung boleh menikmati mandian premium menggunakan produk Le Grand Bain oleh Byredo yang eksklusif buat Sheraton Hotels. Jangan lupa untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari aras 33 yang turut menempatkan kolam mandi infiniti, Sheraton Fitness Centre dan juga Sala Bar.
Foto: Marriott Bonvoy & Instagram Sheraton Petaling Jaya
Baca lebih lanjut: Sajian Istimewa Di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur