Use your ← → (arrow) keys to browse
Nampaknya pelakon What Men Want, Taraji P. Henson memandang serius rutin kecantikan sehingga membuka salun sendiri di kediamannya.
Katanya kepada InStyle, dia mendapat inspirasi tersebut sewaktu ‘terperangkap’ di dalam rumah disebabkan pandemik Covid-19.
Akuinya, dia memerlukan dunia kecilnya sendiri dan bekerjasama dengan jenama penjagaan rambut miliknya, TPH by Taraji untuk menjadikan impian itu satu kenyataan.
“Rak salun saya dipenuhi dengan rangkaian TPH by Taraji dan beberapa produk yang saya suka, antaranya bulu mata palsu bermagnet Ashunta Sheriff Beauty Magnetieyes,” katanya.
Untuk mencipta pengalaman sebenar, dia malah bercadang untuk meletakkan mesin daftar tunai di satu sudut.
“Saya baru sahaja membeli mesin daftar tunai. Jangan tanya mengapa, ia membuatkan saya berasa gembira,” tambahnya.