Alena Murang Lancar Album Terbaharu - Glam Malaysia
Alena Murang Lancar Album Terbaharu

Alena Murang Lancar Album Terbaharu

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas album sulungnya berjudul Flight pada tahun 2016, kini penyanyi sape’ Alena Murang membawakan nada baharu di dalam album lapan track, Sky Songs.

Album yang boleh dianggap bijak dan berseni, Alena Murang menampilkan kelainan dalam album terbarunya dengan menggunakan alat muzik yang merupakan alat muzik asli Borneo, termasuklah Sape’, Tubong, Pagang, tikar rotan, dan juga beberapa alat muzik budaya seperti dram taiko, cowbells dan beberapa alat muzik biasa seperti gitar, gitar bass, kit dram dan serunai konsert. Album fizikal Sky Songs disertakan bersama sebuah buku lirik lagu dengan terjemahan Bahasa Inggeris, cerita dan gambar-gambar tanah tinggi langit. Penerbitan album ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Yayasan Budaya Dayak Sarawak.

Diinspirasikan daripada cerita-cerita nenek moyangnya yang tinggal di langit dan di bumi, album ini merupakan sebuah perjalanan melewati kosmos; sebuah lagu untuk sang pahlawan yang melihat kabus pada pagi hari pertempuran; sebuah lagu melihat awan dan mengetahui bahawa itulah masa yang terbaik untuk berhijrah; sebuah lagu meratap guruh dan sang bulan. Sungguh mendalam sekali.

See also
G-Dragon Kembali & Sertai Empire, Label Muzik Pemilik Palestin

Alena baru-baru ini melancarkan dua single, Gitu’an dan Meno’, yang terdapat dalam album ini. Dalam album Sky Songs ini juga terdapat dua lagu instrumental, satu lagu dalam Bahasa Kenyah, empat lagu dalam Bahasa Kelabit, dan buat pertama kali, sebuah lagu Inggeris. Bahasa Kenyah dan Kelabit merupakan dua bahasa yang semakin pupus di Malaysia.

Alena Murang Lancar Album Terbaharu

“Album ini dinamakan Sky Songs kerana ia merupakan sebuah representasi nenek moyang kita dan bagaimana kehidupan kita di bumi ini amat suci. Ada cerita-cerita tentang kehebatan nenek moyang kita yang dahulunya tinggal di langit dan turun ke bumi melalui air terjun. Dan kini, apabila kita mendongak ke langit dan melihat kepulan awan putih, atau bintang-bintang bergemerlapan, mahupun kegelapan, ia mengingatkan kita untuk terus berpijak di bumi dan hidup sebagai sebuah komuniti dengan setiap makhluk bumi kerana kita saling memerlukan. Nenek moyang kita juga mempunyai hubungan istimewa dengan alam semesta, dari matahari ke langit, pokok-pokok dan kesemua hidupan. Mereka mengatakan bahawa langit itu umpama ‘kubah pelindung matahari yang besar’ dan semua hidupan di bumi hidup dibawahnya. Dan kerana itu jugalah saya memilih untuk menyanyi dalam Bahasa Kenyah dan Kelabit demi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman. Bahasa itu mewakili kepelbagaian perkara yang berlaku dalam sesebuah kehidupan – termasuklah individu dan komuniti, serta persepsi kita terhadap realiti dan kehidupan. Maka dengan itu, album ini merupakan salah satu cara saya untuk memastikan warisan kita yang indah ini dapat dipertahankan dengan harapan agar anak-anak kita dan generasi hadapan dapat menerima dan menghargainya.” – Alena Murang

See also
Anak Dijangkiti Covid-19, Mira Filzah Berkongsi Perasaan & Pengalaman

Pautan berkaitan:10 Fakta Menarik Mengenai Album Ikonik Adele ‘21’