Alasan Penyelidik Menamakan Tumbuhan Sempena Nama Lady Gaga - Glam Malaysia
Alasan Penyelidik Menamakan Tumbuhan Sempena Nama Lady Gaga

Alasan Penyelidik Menamakan Tumbuhan Sempena Nama Lady Gaga

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Sebagai salah seorang selebriti paling terkenal di dunia, Lady Gaga mempunyai jutaan pengikut yang sentiasa mengikuti perkembangan hidupnya dan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Justeru sudah tentu Lady Gaga menjadi tumpuan peminat dan pengkritik apabila dua anjing peliharaannya dibawa lari dan pembantunya cedera kerana ditembak sebanyak empat kali baru-baru ini.

Walaupun beberapa netizen mengkritik cara penyanyi itu menangani situasi tersebut, dia tetap mendapat pujian peminat terutama apabila membuat pengumuman akan melunaskan bil perubatan jejaka itu yang mencecah RM400,000.

Walaupun menjadi kesayangan ramai, namun apa relevannya penyelidik menamakan 19 spesies tumbuhan pakis sempena nama Gaga?

Foto: Thethings

Seperti yang dijelaskan dalam Duke Today, inspirasi tersebut secara harfiah tertulis dalam turutan DNA.

Genus pakis muncul di kawasan seperti Amerika Tengah dan Selatan, termasuk Mexico, Arizona dan Texas. Ia melibatkan 19 spesies yang semuanya digelar ‘Gaga’. Dan benar, ada sekurang-kurangnya tiga sebab berbeza mengapa ketua penyelidik dan peminat Gaga, Kathleen Pryer bersetuju dengan keputusan untuk menamakannya sempena nama penyanyi itu.

See also
Syarat Rebel Wilson Jika Perlu Menaikkan Kembali Berat Badan Demi Watak Filem