Peminat Lega Wajah Demi Moore Kembali Normal - Glam Malaysia
Peminat Lega Wajah Demi Moore Kembali Normal

Peminat Lega Wajah Demi Moore Kembali Normal

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelakon Songbird, Demi Moore mengejutkan peminat ketika membuat kemunculan di pertunjukkan fesyen Fendi pada Minggu Fesyen Haute Couture yang berlangsung Januari lalu.

Wajah Demi kelihatan pelik dengan tulang pipi timbul, mencetuskan khabar angin bahawa dia menjalani plastik pembedahan yang gagal.

Namun Jumaat lalu, ibu tiga anak ini berkongsi satu foto terbaru dirinya bersama supermodel Christy Turlington dan Kate Moss. Turut kelihatan adalah pengarah artistik Fendi, Kim Jones.

Menerusi foto tersebut, pipi Demi kembali normal dan berisi, membuatkan peminat mampu menarik nafas lega. Tiada lagi tulang pipi tersembul dan bibir terjuih seperti penampilannya di pentas peragaan sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, wajah pelakon itu tampak menawan dan semula jadi tanpa sebarang solekan dan rambuatnya dibiar terurai.

“Banyak ujian yang diletakkan dalam foto pelukan berkumpulan ini. Teruja menjadi sebahagian daripada pertunjukan @fendi bersama anda @ctrulington dan #kate moss. Terima kasih @mrkimjones,” tulisnya berserta emoji hati.

See also
TUMI Perkenalkan Semula Bagasi Voyageur, Menggunakan Bahan Kitar Semula