Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World's A Little Blurry - Glam Malaysia
Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World's A Little Blurry

Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World’s A Little Blurry

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyanyi pop, Billie Eilish akhirnya memberi peluang kepada peminat untuk menyelami kehidupan peribadi dan kerjayanya.

Menerusi ciapan di Twitter, AppleTV memuat naik satu klip Billie sedang tersenyum dan mengumumkan kolaborasi bersama untuk filem dokumentari yang berkisar tentang penyanyi itu, berjudul The World’s A Little Blurry.

Ia diterbitkan oleh RJ Cutler yang terkenal dengan hasil kerjanya yang hebat seperti The War Room, The World According to Dick Cheney dan drama Nashville.

Bercerita mengenai pengalamannya merakam filem tersebut, Billie membuatkan orang ramai lebih teruja apabila mendedahkan terdapat sesuatu yang istimewa buat peminatnya.

“Ada beberapa perkara yang saya dedahkan dalam dokumentari tersebut, walaun saya tidak pernah berniat untuk berkongsinya kepada dunia sebelum ini.”

Menerusi klip yang dimuat naik, Billie dilihat amat teruja dengan penghasilan dokumentari tersebut. Namun jelas terpancar rasa gementar kerana berkongsi terlalu banyak hal peribadi dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Walaupun Billie gemuruh, peminat-peminat nampaknya sangat gembira.

See also
Billie Eilish, The New Queen Of Grammys

Filem dokumentari mengenai kehidupan peribadi dan kerjayanya ini akan disiarkan pada 26 Februari di pawagam antarabangsa dan AppleTV.