Kempen Givenchy SS21, Arahan Pertama Matthew M. Williams - Glam Malaysia
Kempen Givenchy SS21, Arahan Matthew M. Williams

Kempen Givenchy SS21, Arahan Pertama Matthew M. Williams

Givenchy telah melancarkan siri kempen dedikasi musim bunga/panas 2021. Siri kempen tersebut merupakan himpunan kempen yang pertama sejak dibawah pimpinan kreatif Matthew M. Williams. Ia merupakan koleksi yang paling dinanti-nantikan, dan ternyata ia adalah satu koleksi yang berhasil. Vogue menyenaraikan koleksi Givenchy musim bunga/panas 2021 antara yang terbaik.

Menggemilangkan lagi koleksi musim bunga/panas 2021, Matthew M. Williams menjemput rakan-rakannya, yang tergolong model dan pemuzik untuk menghiasi kempen. Jika beberapa musim terdahulu, hanya model yang seringnya terpilih untuk bertindak sebagai penghias kempen. Namun, perubahan telah dibawakan oleh Matthew, dengan meletakkan wajah-wajah fesyen masa kini sebagai bintang kempen. A good move, I guess.

givenchy
givenchy

Kendall Jenner, Bella Hadid, Playboi Carti, dan the supermodels, Anak Yai dan Liam Powers untuk menggayakan ‘key pieces’ Givenchy musim bunga 2021, yang secara tak langsung mendefinisikan kepentingan mempunyai gaya peribadi yang kuat. Mereka semua diberi peluang untuk menata gaya sendiri dengan memilih rekaan serta aksesori yang dianggap melambangkan selera dan keperibadian mereka. Real people, real style.

See also
Gemilang Karpet Merah British Fashion Awards 2018

To me, fashion expresses a point of view where formality and informality, construction and comfort co-exist,” kongsi Matthew. Melalui kempen ini, tas Antigona adalah antara aksesori yang difokuskan, yang mana digayakan oleh Kendall Jenner dalam imej kempennya.

givenchy
givenchy

Artikel berkaitan: Citra Seni Louis Vuitton