Semegah Haruman Le Lion De Chanel - Glam Malaysia
Semegah Le Lion De Chanel

Semegah Haruman Le Lion De Chanel

Haruman Le Lion De Chanel lambang keperibadian terunggul yang membawa tuah. Ilham disebalik simbolik astrologi milik Gabrielle Chanel cetus aroma terbaru di Les Exclusifs De Chanel.

LE LION DE CHANEL
SIMBOLIK TUAH LE LION DE CHANEL

Gabrielle Chanel dilahirkan pada 9 Ogos 1883 di bawah zodiak Leo yang dikatakan membawa tuah buat dirinya. Kisah disebalik kehadiran haruman Le Lion De Chanel tercetus apabila dia mengikuti kembara bersama sahabat karibnya, José-Maria Sert dan isteri, Misia ke Venice sekitar tahun tahun 1920. Demi melupakan detik sedih setelah kehilangan cinta hatinya, Boy Capel. Kala menjejak kaki ke Kota Venice, dirinya seperti dilahirkan semula! Di sebalik kesibukan bandar serba artistik ini, dia kembali bangkit dengan lebih bertenaga ibarat simbol peribadinya. 

Dirinya sangat menghargai kesenian. Lantas itu, Kota Venice ada segala-galanya untuk dia luahkan isi hatinya. Khazanah seni Byzantium yang ditemui olehnya tanda sempadan Timur dan Barat menjadi ilham sumber inspirasinya. Monumen berbentuk singa yang terletak di kediaman 31 Rue Cambon adalah penjaga abadinya. Terukirlah ilham sebagai ikon utama untuk koleksi Chanel High Jewelry serta tidak ketinggalan dalam koleksi Les Exclusifs De Chanel.

See also
Pementasan Barisan Hadapan Di Chanel Musim Luruh 2016

Le Lion De Chanel dilengkapi dengan warna kuning amber yang membangkitkan semangat Chanel kaya dengan ramuan eksklusif Bergamot, Lemon, Patchouli dan Sandalwood. Boleh dapatkan dengan harga di pasaran RM830/75ml atau RM1500/200ml.

Le Lion De Chanel

Pautan berkaitan Rahsia Wangian Kekal Abadi