Langkah Mudah Solekan 5 Minit Sebelum Zoom Meeting - Glam Malaysia
Langkah Mudah Solekan 5 Minit Sebelum Zoom Meeting

Langkah Mudah Solekan 5 Minit Sebelum Zoom Meeting

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hanya memerlukan sedikit inspirasi dan produk kecantikan  yang sesuai untuk solekan cepat dan mudah selama 5 minit sebelum menghadiri Zoom Meeting.

Sekembalinya kita ke musim PKP buat kali kedua pasti merungsingkan jiwa dan minda. Trend bersosial atau pun menghadiri perjumpaan secara online makin diterap sejak tahun lalu. Zoom meeting amat menjadi keutamaan masa kini. Tetapi janganlah bila berada di rumah anda sambil lewa untuk tidak bersiap sempurna.GLAM hadirkan beberapa tip kecantikan dan inspirasi selebriti sebagai panduan untuk anda kelihatan kekal berseri.

  1. Mulakan dengan pelembap muka

Selepas bersihkan muka, seeloknya sapukan pelembap muka jenis cepat serap dan pilih jenis hidrasi. Untuk mendapat efek kulit glowy, kulit perlu berada dalam keadaan lembap dan segar.

2. Maskara wajib untuk ilusi mata segar

Maskara bukan sahaja bertindak sebagai melengkapi solekan penuh malah mampu beri ilusi mata galak dan segar. Sapuan maskara pada bulu mata bangkitkan mood di pagi hari.

3. Tarikan pemerah pipi

See also
Selena Gomez Akhirnya Mengaku Tentang Status Hubungannya Bersama Justin Bieber

Layangkan sahaja pemerah pipi! Tip paling cepat untuk wajah tidak kelihatan pucat. Samada pemerah pipi jenis gel, berkrim atau bedak semuanya boleh dioles dengan pantas.

4. Concealer penutup cela segera

Antara paling mudah untuk kaburi wajah baru bangun tidur! Sapukan concealer di bawah mata dan sekitar hidung mengikut kesesuaian warna kulit.

5. Mist muka ajaib

Untuk miliki wajah kekal segar dan hidrasi jangan tinggal face mist! Kalau boleh letak sahaja bersebelahan komputer sisi anda. Pilih lah jenis antioksida untuk kesegaran kulit muka berpanjangan.