Sasha Saidin Antara Yang Pertama Disuntik Vaksin Covid-19 - Glam Malaysia

Sasha Saidin Antara Yang Pertama Disuntik Vaksin Covid-19

Pelakon, Sasha Saidin mendedahkan di Instagram beberapa hari lalu bahawa dia sudah selamat menerima vaksin Covid-19.

Ini menjadikan Sasha antara rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan tersebut. Namun bukanlah di Malaysia ya, tetapi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana vaksin tersebut ditawarkan secara percuma kepada semua tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.

Dia dan suaminya, Sirhan Wahab memilih suntikan jenis Sinopharm setelah membuat perbandingan secara menyeluruh dengan satu lagi jenis vaksin, Pfizer. Katanya, keputusan itu dibuat setelah berbincang mengenai mutasi virus baru yang muncul baru-baru ini dan Sinophorm menawarkan keberkesanan sehingga 86 peratus.

Tulisnya lagi, pengambilan vaksin ini dilihat selamat dan meyakinkan oleh pihak kesihatan UAE. Naib Presiden UAE sendiri, HH Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dirakam mengambil suntikan ini ketika dalam proses percubaan November lalu.

Jelasnya, proses ini berjalan seperti suntikan vaksin selesema atau cacar air, di mana kemungkinan terdapat kesan sampingan. Jadi beberapa soalan akan ditanya di pusat vaksin untuk mengetahui jika terdapat sebarang penyakit, alahan dan sebagainya.

See also
Bercuti Dengan Panorama Indah di Premier Village Phu Quoc

Sasha juga sempat menyampaikan pesanan agar sentiasa cakna tentang perkembangan terkini mengenai wabak dan vaksin yang diperkenalkan kepada dunia ketika ini. “Di mana sahaja anda berada di dunia ini dan terfikir untuk mengambil vaksin, sila selidik dan pastikan anda mengikuti perkembangan terkini kerana terdapat pembangunan terbaru untuk menghadapi pandemik ini setiap hari.”

Menurut Sasha, suntikan kedua akan diberikan selepas 21 hari.

Foto: Instagram/SashaSaidin

Baca: Taraji P. Henson Hampir Ragut Nyawa Sendiri Ketika Pandemik Covid-19