Disney Dan Keith Haring Dipadukan Oleh Coach - Glam Malaysia
Disney Dan Keith Haring

Disney Dan Keith Haring Dipadukan Oleh Coach

Mungkin tak terbayang, tiga jenama besar Amerika dapat disatukan dalam satu usaha sama fesyen. Namun, Coach dapat menjayakannya melalui kolaborasi mereka yang baru ini. Mereka memperkenalkan himpunan Disney Mickey Mouse bersama Keith Haring. Ilustrasi ciptaan Haring pada dekad 80-an diambil semula untuk dijadikan perhiasan pada koleksi lengkap daripada beg hingga ke helaian pakaian. Usaha antara Disney dan Keith Haring melonjakkan lagi semangat Amerika yang cuba dibawa oleh Stuart Vevers.

Disney Dan Keith Haring
Kaia Gerber bintang kempen baru di Coach

Vevers mahu mehu mengembalikan kenangan ikonik Haring. Maka dia memilih untuk member fokus pada karya Haring yang memberi simbol seni buat semua. Pertembungan seni peribadinya dengan budaya pop yang sering menjadi kesang utama dalam penghasilan seni Haring. Coach lansung memilih untuk memberi penghargaan pada koleksi peribadi Haring dengan melancarkan koleksi yang bermain dengan hasil seninya bertajuk Andy Mouse. Perlu tahu yang Haring menjadikan kartun Mickey Mouse ini sebagai salah satu hero peribadinya. Juga watak utama di Disney ini adalah satu simbol budaya pop yang terkenal seluruh dunia.

See also
Creature Comfort, Idea Baru Diperkenalkan Oleh Coach

“Ada kalanya, rekaan terbaik itu lahir daripada jukstaposisi yang berlainan arah. Saya tidak dapat bayangkan apa lagi budaya yang bertentangan dan masih membawa satu perasaan gembira seperti Mickey Mouse dan Keith Haring,” ujar Stuart Vevers, Pengarah Kreatif Coach

koleksi bakal di lancarkan di Kuala Lumpur pada 28 Disember

Pautan Berkenaan: Kempen Coach Dibintangi Yuna Dirakam di Kuala Lumpur