Rambut Keriting, 5 Tip Penting Menjaganya - Glam Malaysia

Rambut Keriting, 5 Tip Penting Menjaganya

Rambut keriting sebenarnya tidak sukar untuk díjaga, cukup senang. Hanya ada beberapa peraturan sahaja yang perlu dipatuhi. Easy care, big impact!

Sewaktu Kecil saya memang tak suka dengan rambut saya, kasar dan keriting. Bila di Universiti saya kerap meluruskan rambut saya, bila sudah bekerja saya malas dan tiada masa hinggalah lama-lama saya menyimpan rambut panjang, saja-saja. Idea untuk membiarkan rambut panjang dan keriting tercetus bila saya ke New York, saya lihat orang di sana embrace dengan gaya rambut mereka. 

Dan bila saya berambut panjang dan keriting, apa yang selalu orang tanyakan bila pertama kali berjumpa dengan saya ialah, “Your hair is natural or you perm?” Itu soalan yang sudah biasa diajukan. Pastinya rambut saya keriting secara semula jadi. Saya sendiri pun tidak tahu rambut saya boleh sekeriting ini bila panjang.

Dan dulu selalu orang tanyakan pada saya juga ialah bagaimana saya menjaga rambut agar keritingnya tampak kemas, tidak frizzy atau tidak menggerbang? Jadi kali ini saya kongsikan apa yang saya amalkan dalam menjaga rambut keriting berpandukan pengalaman saya saya ini. Lain orang mungkin lain caranya.

See also
10 Tip Penjagaan Rambut Keriting

KURANG BERSYAMPU

Saya jarang mencuci rambut. Maksimum tiga kali seminggu. Rambut keriting biasanya kering, jadi tidak elok dicuci selalu kerana makin kerap dicuci makin kering jadinya. Dan mungkin juga kerana saya tidak mempunyai masalah kulit kepala berminyak jadi bila jarang dicuci sekalipun tidak menimbulkan banyak masalah.

SIKAT SEBELUM BERSYAMPU

Selalunya bila mahu bersyampu, saya akan pastikan saya sikat terlebih dahulu rambut saya. Dengan cara ini masalah rambut bersimpul atau kusut (khususnya pada bahagian hujung rambut) dapat diminimumkan. Rambut keriting bila sudah basah lagi susah nak dileraikan.

Klik: Pupur Rambut Pilihan GLAM

Ouai Leave In Conditioner

CONDITIONER IS MY BEST FRIEND

Kalau tidak bersyampu sekalipun, tiap kali mandi saya akan menyapu perapi (conditioner) pada rambut. Bagi saya sesiapa yang berambut keriting wajib jadikan perapi sebagai teman baik di kamar mandi. Selain melembap rambut perapi juga buat tekstur dan bentuk keriting rambut lebih cantik dan kemas. Leraikan rambut yang sudah disapu perapi dengan jari.

PUPUR RAMBUT

See also
GLAM Kongsi Cara Rawat Kulit Kepala Bermasalah

Selaian perapi, pupur rambut (hair mask) juga penting dalam memberi rawatan intensif pada rambut., Seperti saya kata tadi, rambut keriting biasanya kering, jadi ia perlu dilembapkan dengan sempurna. Rambut keriting yang lembap menjamin bentuk keriting yang lebih cantik, tidak frizzy.

Has Untuk Rambut Keriting, Pupur Rambut L’Oreal Professionnel Curl Contour

JANGAN SIKAT

Jangan sesekali sikat rambut yang sudah kering. Ia akan buat rambut nampak frizzy. Usik dengan jari pun kalau boleh dielakkan. Apa yang selalu saya buat bila mahu mencipta volum pada rambut ialah saya leraikan rambut kepada beberapa bahagian (mungkin dalam enam bahagian) untuk mencipta volum.

Baca: Tip Menggunakan Syampu Kering