4 Jenis Bentuk Badan Versi Selebriti Hollywood

4 Jenis Bentuk Badan Versi Selebriti Hollywood

Wanita ini hadir dalam pelbagai bentuk badan dan sesungguhnya anda harus juga harus berbangga dalam apa jua bentuk anda miliki seperti selebriti Hollywood ini! 

Wanita sememangnya mempunyai rupa tubuh berlainan yang mencerminkan individualiti serta aset dan kecantikan masing-masing. GLAM senaraikan selebriti Hollywood yang mewakili pelbagai bentuk badan. Semak selebriti manakah yang mempunyai tubuh sama dengan anda dan cedok idea atau inspirasi fesyen dari mereka untuk digayakan.

4 Gaya Bentuk Badan Selebriti Hollywood

#1 Tubuh Berbentuk Epal

Mereka yang bertubuh epal ini memiliki bahu yang bidang dan kadang-kala membuatkan tubuh nampak seperti seorang atlet. Namun di dalam pada masa yang sama memiliki bentuk lekuk dan besar dibahagian perut, pinggang dan ke bawah. Selain itu, mereka yang bertubuh epal ini memiliki persamaan dengan mereka yang bertubuh ‘O’. Antara selebriti yang memiliki rupa tubuh sebegini adalah Drew Barrymore dan Tyra Banks.

bentuk badan

Gambar: Google

#2 Tubuh Berbentuk Pear

Mereka yang punya bentuk badan pear ini memiliki saiz bahu dan dada yang lebih kecil berbanding punggung. Bukan itu sahaja, mereka juga memiliki pinggang yang ramping namun memiliki berat yang lebih pada bahagian pinggul dan peha. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai yang bertubuh seksi. Antara selebriti yang memiliki rupa bentuk sebegini adalah Mariah Carey juga Alicia Keys.

See also
Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia?

tubuh badan

Gambar: Google

#3 Bentuk Badan Hourglass

Antara bentuk badan yang seksi dan menggiurkan. Mereka yang memiliki tubuh ini sesuai menggayakan apa jua pakaian dan masih nampak cantik terletak pada tubuh. Seperti yang kita semua tahu, hourglass atau jam pasir memiliki bentuk yang cukup cantik. Lemak badan terletak seimbang di antara dua bahagian tubuh (atas dan bawah). Pinggang pula lebih kecil dan ramping. Antara selebriti yang memiliki tubuh seperti ini ialah Beyonce juga Kim Kardashian.

tubuh badan

Gambar: Google

#4 Tubuh Berbentuk Lurus

Bentuk badan lurus amat mudah diketahui rupanya. Setiap bahagian tubuhnya amat kurus dan langsing. Mereka ini akan kelihatan lebih tinggi berbanding mereka yang memiliki tubuh berlekuk. Walaupun berbadan kurus, mereka masih tetap cantik dan seksi seperti wanita-wanita lain! Antara selebriti yang memiliki tubuh seperti ini adalah Anne Hathaway juga Rosé BLACKPINK.

Gambar: Google