"Sunshine Shopper Bag", Lambang Estetik FENDI - Glam Malaysia

“Sunshine Shopper Bag”, Lambang Estetik FENDI

Right on time! FENDI mencuit pandangan kita pada rangkaian beg baru the FENDI Sunshine Shopper bag. Rekaan tersebut mula dilancarkan sewaktu pementasan FENDI musim bunga/panas 2020 dalam saiz yang besar. Dan pada tanggal 10 Disember 2020, FENDI menghadirkan dalam saiz medium pula. Siluet yang sederhana, mudah dibawa dan diperkasakan dengan DNA rumah fesyen FENDI. Yang sealiran dengan aspirasi trend fesyen sekarang.

Membangkitkan elemen kewanitaan yang kuat, struktur tegap dan kehalusan pertukangan beg Sunshine Shopper menjadikannya antara rangkaian beg yang terbaik untuk musim akhir tahun ini. Mendekatkan kita pada kebaharuan melalui perihal aksesori.

Saiz medium “Sunshine Shopper” bag memudahkan pemilik untuk membawanya, sama ada untuk dibawa ketika melancong mahupun sekadar membawanya sebagai beg hujung minggu. Ruang medium yang sedang elok, membenarkan pemilik untuk menyimpan segala keperluan penting atau item-item fesyen lain.

Beg shopper yang diperbuat daripada material kulit, diperhebatkan lagi dengan estetik FENDI yang ‘bold’ dan faktor cool yang mendefinisi elegan semasa atau barangkali beginilah eleman dekad baharu untuk masa akan datang kelak.

See also
Keriangan Akhir Tahun Bersama Coach

Beg Sunshine Shopper mengekalkan identiti FENDI, namun kemodenan rekaan diserlahkan melalui logo FENDI Roma yang ditampilkan pada bahagian depan beg yang mengukir ‘fashion statement’. Kombinasi klasik dan moden dengan cara yang cukup sempurna, mengertikan kita tentang perspektif elegan baharu. Apa yang amat sangat tertonjol, adalah gabungan rona-ronanya. Tampil dalam warna-warna asas, seperti kelabu, hitam dan coklat, memudahkan ia digayakan dengan apa jua penggayaan. Definitely, one of the best bags of the season.

fendi

 

sunshine shopper bag

Artikel berkaitan: Kot Trench, Ikon Burberry Buat Selamanya