3 Idea Diet Yang Mungkin Akan Gagal - Glam Malaysia

3 Idea Diet Yang Mungkin Akan Gagal

Ada macam-macam idea diet. Saya juga percaya menjelang tahun baru yang tinggal beberapa hari sahaja ini ramai yang sudah menulis sasaran tahun hadapan antaranya mesti ada yang mahu kurus. Musim PKP ini banyak yang bertambah berat badannya, dan 2021 dilihat sebagai tahun terbaik untuk ‘rebranding’ penampilan. Tapi rancanglah diet anda berpandukan ilmu, bukan sekadar cara ‘agak-agak’ sahaja.

GLAM kongsikan tiga idea diet (selebriti barat ada yang mempercayainya juga) yang mungkin akan gagal, bukan kerana ia tidak bagus tapi sebahagian idea ini mungkin akan membuatkan anda give up.

Idea Diet: Makan Makanan Mentah

Sesetengah orang percaya unto menurunkan berat badan mereka perlu lebihkan pengambilan makanan yang tidak dimasak agar nutriennya kekal. Bagi mereka proses memasak hanya akan merosakkan kebaikan juga khasiat, jadi mereka percaya dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah jalan terbaik untuk menurunkan berat kerana ia tidak perlu dimasak. 

Cadangan: Memang benar proses kita menurunkan berat badan akan lebih mudah jika pengambilan sajian yang diproses dikurangkan. Malah sayur dan buah juga punya kandungan lemak dan kalori yang rendah sebaliknya tinggi ddengan kandungan fiber. Tapi yang kurangnya pastinya beras jemu disajikan juadah sebegini setiap hari. Malah menurut kajian, memakan buah dalam kuantiti yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan insulin yang mana akhirnya membuatkan tubuh menyimpan kalori sebagai lemak.

See also
OBSESI Cantik: Efza Muhammad

Ketahui Rahsia Kurus Adele

Foto: UNSPLASH, Siora Photography

Idea Diet: Makan Biskut Protein

Ada sesetengah orang termasuk selebriti mengamalkan pengambilan biskut protein dalam diet mereka. Biasanya mereka akan makan dalam lima ke tujuh keping dan hanya makan sekali sahaja juada solid dalam sehari. Tapi berapa lama anda mampu bertahan memakan biskut ini? Dua minggu? Sebulan? Seminggu pun belum tentu.

Cadangan- Walaupun rata-ratanya datang dalam beberapa perisa seperti coklat, kismis dan gandum misalnya, tapi rasanya tetap menjemukan, tak ubah seperti menikmati bar energi. Yang sebaiknya pelbagai makanan tapi diselarikan dengan kuantiti dan kandungannya, perlu seimbang.

Ketahui Diet Selebriti Paling Mengarut

Idea Diet- Makan Makanan Bayi

Ada pula yang saya baca sebelum ini, sesetengah selebriti mengamalkan pengambilan makanan bayi sebagai salah satu perancangan diet mereka. Mereka percaya dengan cara ini mereka akan berjaya menurunkan berat badan mereka. Selagi tidak ditambah dengan kanji dan hanya sayur, buah atau daging, ia mungkin masih bagus untuk anda. Tapi cara ini sebenarnya bukanlah semata kepada kandungan tapi lebih kepada jumlah sajiannya sahaja.

See also
5 Gaya Solekan Atlet Olimpik 2024

Cadangan- Makanan bayi biasanya sikit. Dari pening kepala memilih makanan bayi apa kata anda makan sahaja makanan yang lebih mudah (yang hampir sama dengan makan bayi) misalnya sup, tambah sedikit sayur dan ikan. Rasanya juga lebih sedap, cuma perlu bijak mengawal kuantiti yang anda ambil.