Ilham Cantik Bintang Old Hollywood
Ilham Cantik Bintang Old Hollywood

Ilham Cantik Bintang Old Hollywood

Saat ikon kecantikan Hollywood anda menyinari persada seni, pasti anda terdetik hati untuk mengetahui beauty secrets yang dimiliki oleh mereka. Audrey Hepburn dan Marilyn Manroe antara Screen Sirens yang terus diingati hingga kini.

Secara realistiknya, mereka yang bergelar Screen Sirens ini sudah punya pakej lengkap untuk bergelar seorang bintang terkenal.Namun, disebalik kesibukan diri dalam mengejar glamor pasti ada rahsia bagaimana mereka kekal cantik tidak lekang di mamah usia. Ceduk paparan ilham cantik barisan bintang Old Hollywood yang GLAM bariskan khas untuk anda. Sebagai panduan dalam rutin cantik anda.

Marilyn Monroe

Signature bibir mungil bintang seksi ini terus hangat diperdebatkan. Cara untuk mencipta dimensi bibir tebal dan seksi ini adalah dengan menyalap bibir sebanyak 5 jenis gincu berbeza rona dan lip gloss. Rona gelap dijadikan garisan luaran bibir manakala yang terang berada di tengah-tengah.

Elizabeth Taylor

Rahsia mencukur bulu halus pada muka menyerlahkan raut wajahnya yang cantik. Memberi efek kulit muka bersinar. Teknik ini digelar sebagai Dermaplaning. Mampu membuang sel mati dan melembutkan kulit wajah.

See also
"Ketika Ini Saya Utamakan EQ, Menjaga Emosi & Mental,"- Yasmin Hani

Audrey Hepburn

Bulu mata Bambi adalah rahsia mata galak ikon terkenal ini. Selepas memakai maskara, jurusoleknya akan menggunakan pin untuk menyelak satu per satu bulu matanya. Zaman kini mudah, guna sahaja berus bulu mata untuk mencipta impak maksima atau lebih mudah guna fake eyelashes.

Grace Kelly

Teknik contouring sudah mula digunakan oleh wanita cantik ini.  Dia sering melayangkan berus di bawah tulang pipi untuk mendapatkan efek solekan sempurna.

Rita Moreno

Agak kasar cara aktres ini menghilangkan jerawat pada kulit wajah. Setiap hari dia akan menggunakan berus untuk skrub muka. “ I would definitely say that exfoliating was really my main beauty trick.”

Rita Hayworth

Rambut beralun rona chestnut adalah gaya penampilannya. Cara dia mengekalkan bentuk alunan itu dengan menyapu minyak rambut setelah membasuh rambut dan balut dengan tuala selama 15 minit. Setelah itu, basuh lagi sekali dengan air panas bersama lemon untuk hasil yang mengagumkan.

Pautan berkaitan Rahsia Kecantikan Daripada Ikon Kecantikan: Marilyn Monroe

See also
Hailey Beiber Dan Rhode Cetus Kontroversi