Transformasi Gaya Rambut Selebriti Sepanjang 2020 - Glam Malaysia
Transformasi Gaya Rambut Selebriti Tahun 2020

Transformasi Gaya Rambut Selebriti Sepanjang 2020

Good hair days make me feel like I can rule the world! GLAM mengimbas kembali gaya transformasi rambut selebriti sepanjang tahun 2020.

” A woman who changes her hair is about to change her life,” petikan kata Coco Chanel.

Benar! Menukar gaya rambut mampu mengubah diri anda malah penampilan jua. Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk melakukan transformasi ini. Dari rambut ikal mayang berwarna hitam hinggalah awal tahun 2020, saya nekad untuk mewarnakan rambut kepada coklat keperangan. Ternyata, terasa seakan kelahiran baru!

Sama seperti barisan selebriti A-list ini, mereka turut melakukan transformasi gaya rambut sepanjang tahun 2020. Samada chop it off, menambah hair extensions, go blonder atau membuat bangs. Semuanya kelihatan seperti individu baru. Ada sesetengah mereka, setiap musim wajib bertukar gaya rambut, ada juga yang melakukan transformasi di luar jangkaan.

Kaia Gerber

Hasil daripada Quarantine Home Dye Job, Kaia Gerber mewarnakan rambutnya daripada Platinum Blonde kepada merah jambu terang. Katanya, “Pink is Punk”. Rambut barunya kelihatan lebih nakal dan bersahaja.

See also
Gaya Berani Grammy Awards 2015

Ciara

Terkenal dengan gaya rambutnya cantik dan beralun. Di penghujung tahun 2020, Ciara memilih ilham gaya rambut ikonik iaitu Box Braids. Lebih versatil.

Rihanna

Mogul fesyen dan kecantikan ini terus tampil dengan gaya serba eksentrik. Dan kali ini dia tampil dengan potongan rambut mullet. Mullet adalah potongan rambut pendek pada bahagian depan dan sisi tulang pipi tetapi panjang di bahagian belakang.

Rosalia

Penyanyi Amerika Latin ini cukup terkenal dengan lagu Con Altura sebelum ini selesa dengan pilihan warna rambut asalnya iaitu Dark Brown, kini dia tampil dengan pilihan warna rambut Honey Blonde di samping potongan rambut fringe ternyata dia lebih kelihatan fresh dan muda.

Dua Lipa

The coolest hair of the year! Dua Lipa antara selebriti yang kerap menukar gaya rambutnya! Antara yang menjadi sebutan ilham gaya rambut duo rona berbeza.

See also
Personaliti Dan Definisi Kebebasan #IAMLIBRE

Miley Cyrus

Trend Mullet terus menjadi ikutan selepas Rihanna. Terbaru Miley Cyrus tampil dengan ilham potongan Mullet disebalik pilihan warna rambut Platinum Blonde.

Artikel berkaitan Gabungan Hebat Penggayaan dan Perlindungan Rambut dari Dyson

Pewarna Rambut Baru Yang Bertukar Warna Mengikut Suhu