New Look New Shook! - Glam Malaysia
New Look New Shook!

New Look New Shook!

Tiba masanya untuk mencuba gastronomi di Shook!, The Starhill mulai Disember ini.

Restoran sofistikated, Shook! terus menyemarakkan imaginasi langsung menjadi transformasi kontemporari yang menakjubkan. Shook! menampilkan citarasa dari seluruh dunia, yang kini diperhebatkan secara khusus di samping wajah baru The Starhill Dining. Bulan Disember ini, rasakan evolusi gaya kota dengan suasana moden yang lebih mesra.

Dengan evolusi ini, Shook! tampil berwajah baharu ini memulakan kedudukan dengan kaleidoskop pengalaman gourmet yang diilhamkan secara global. Temui rasa baru di mana timur bertemu barat dengan bahan-bahan lokal yang paling segar; grill klasik yang dihidupkan semula untuk memberikan pengalaman merasai stik terbaik di kota; rempah dan budaya untuk rasa serantau yang berwarna-warni; and many more exciting additions to make up its diverse spread of gastronomic creations.

Foto: Shook!


Kesungguhan dan kreativiti di sebalik setiap hidangan tidak dapat disangkal – disampaikan secara artistik oleh panel Tastemakers yang hebat, masing-masing amat pakar dalam bidang gastronomi dan pengalaman. Bangunkan deria anda dengan hidangang daripada Chef Mo- Master Chef Shook! dan Chef Rafizan, Tastemaker Shook! yang berbakat.

See also
Satu Butik, Pampangan Semesta Rolex


Menempatkan dua ruang acara persendirian yang paling dinanti-nantikan – The Living Room and Shook! 118. Ditambah dengan menu yang disesuaikan oleh Tastemakers, hot spot ini akan menjadi pentas untuk acara-acara khusus yang tidak dapat dilupakan, tidak kira apa jua majlisnya

Chef Mo & Chef Rafizan


Akan dibuka untuk anda pada bulan Disember 2020, konsep makan dan hiburan yang menawan di The Starhill Dining merangkumi Shook ! iaitu restoran pilihan Kuala Lumpur yang terus menyemarakkan imaginasi; Rumah Teh Luk Yu yang merangkumi warisan Cina yang puitis; The Alchemy menampilkan botani gin untuk setiap musim; restoran Jogoya yang popular; masakan Arab yang berkualiti di Tarbush Lounge dan banyak lagi.

Terletak tepat di tengah-tengah The Starhill – destinasi membeli-belah yang menawarkan pengalaman dalam persekitaran runcit butik yang hangat dan sofistikated, The Starhill Dining mengukuhkan lokasinya di pusat Bukit Bintang sebagai destinasi gastronomi utama fesyen dan makanan istimewa.

Artikel berkaitan: 2022 : Kedai Buku 24 jam Pertama Di Dunia Bakal Menjejakkan Kaki di The Starhill, KL.

See also
Kempen Terbaru Rimowa Menceritakan Tentang Kisah Kehidupan Masa Kini