5 Item Solekan Mesti Ada Walau Tidak Pandai Bersolek
tidak mahir bersolek

Walaupun Tidak Mahir Bersolek, Pastikan Ada 5 Item Ini

Sekalipun anda kata anda tidak mahir bersolek, saya tetap mahu sarankan anda ada lima item ini di dalam simpanan anda. Tidak kiralah anda mahu simpan dalam beg kain atar sekadar dişusun cantik di atas meja solek, Belilah lima item ini.

Ambil masa untuk mahirkan diri kerana hari ini bersolek itu bagi saya sudah jadi satu aktivtiti yang cukup ‘luar biasa’ kerana dengan keperluan memakai topeng muka, sudah ramai yang mengetepikan hal bersolek. It must be fun bila sesekali dapat bersolek kan? Lima item ini boleh beri anda keseronokan.

5 Item Mesti Ada Walau Tidak Pandai Bersolek

1) PENYAMAR NODA

Jika malas menggunakan bedak asas atau kompak, pilih sahaja penyamar noda atau concealer. Bagi saya, jika anda tidak mempunyai masalah kulit seperti berparut atau berjerawat, menggunakan concealer sudah memadai. Sapukan sahaja pada cela yang mahu anda samarkan, biasanya dicalit pada bawah mata jika mata punya kantung gelap atau ketidaksamarataan ton kulit. 

tidak mahir bersolek
Cuba: Nudestix NudeFix Cream Concealer

2) PALET PEMBAYANG MATA

Pilihlah yang paling tidak ada empat warna jika anda tak mahu membeli banyak warna, itu sudah memadai. Selalunya yang kerap dipakai ialah ton tanah, ia bersifat versatil. Seperti yang saya kongsikan di bawah ini, palet dari Huda Beauty. Ada sembilan warna dan berbeza-beza tekstur. Jika bijak bermain ton dan tekstur, anda boleh mencipta banyak gaya solekan mata hanya dari satu palet ini. 

tidak mahir bersolek
Cuba: Huda Beauty Haze Obsessions Eyeshadow Palette in Khaki 2

3) MASKARA

Tidak lengkap solekan kalau tiada maskara. Tiada pembayang mata tak mengapa, tetapi jangan tinggalkan maskara. Maskara betul-betul berfungsi dalam menghidupkan lirikan mata. Sapukan bulu mata dari pangkal bawa ke hujung. Jika boleh gunakan pengepit bulu mata terlebih dahulu. Anda mungkin fikir ia sekadar langkah ringkas, tetapi hakikatnya besar impaknya. 

Cuba: Anastasia Beverly Hills Mini Lash Brag Volumizing Mascara 3

4) PEMERAH PIPI

Tidak perlu banyak-banyak, lebih elok beli yang datang dengan ton untuk kontur, highlight dan pemerah pipi. Palet mini sudah memadai jika anda tidak berapa gemar (atau pandai) bermain kontur dan highlight. Jika tidak suka berlebih-lebihan, boleh pakai pemerah pipi biasa sahaja. 

Cuba: Smashbox Halo Face Palette 2

5) GINCU

Walaupun sekarang kita lebih kerap menggunakan penutup mulut dan hidung, tidak bermakna kita perlu skip pemakaian gincu. Dalam waktu yang begini, saya rasa memakai gincu itu satu aktiviti yang sangat eksklusif. Buat anda yang tidak mahir bersolek, tidak bermakna anda tidak tahu memakai gincu bibir bukan? Jadi, saranan saya, apa kata layangkan sahaja gincu untuk menaikkan lagi seri wajah anda. 

Cuba: Zoeva Share Your Radiance Cocotte 2 (Powerful Lip Shine in Explore With Me)

 

See also
"Kita Kenal Badan Kita Sendiri," Nadia Brian