Mengapa Ramai Wanita Menyenangi Cushion Powder? - Glam Malaysia

Mengapa Ramai Wanita Menyenangi Cushion Powder?

Bedak kusyen atau cushion powder mula mencetus fenomena sejak beberapa tahun lalu sejak mula diperkenalkan di Korea. Pada awalnya sesetengah orang mempunyai padangan skeptikal kepada inovasi ini, namun sedari tahun kebelakangan ini sudah banyak jenama kosmetik terkenal mengguna pakai teknologi dan pendekatan serupa. Jadi mengapa ramai orang menyukai bedak kusyen? Apa yang bagus sangat tentangnya?

Sulwhasoo Perfecting Cushion

Pilihan Litupan

Biasanya bedak kusyen bersifat ‘ringan’ dan teksturnya tidak tebal. Namun sebenarnya ia boleh ‘ditebalkan’ mengkut kesukaan anda. Ia buildable coverage. Jika anda seorang yang sukakan solekan tebal, boleh ditambah berlapis-lapis sapuan.

Dior Forever Couture Perfect Cushion Foundation

Tampak semula jadi

Lagi satu yang bagus, dengan formulanya yang ringan (airy formula), teksturnya tidak tebal biar pun anda perlu touch up berulang kali, wajah anda masih tidak nampak bersolek tebal. Berbanding memakai bedak kompak atau bedak asas (tidak kira apa jua jenis dan tekstur), jika ditambah berulang kali dari sejam ke sejam akhirnya akan membuat solekan nampak tebal, merekah dan boleh jadi liang kulit tersumbat selesa. Tapi perlu diingat, rajin-rajinlah juga membersihkan span bedak, walaupun bedak kusyen itu banyak manfaatnya, tapi andai spannya kotor tidak elok juga.

See also
Idea Solekan Minimalis Dari Runway

Tidak mengeringkan

Bedak kusyen hari ini rata-ratanya dimewahkan dengan manfaat yang sama dengen khasiat yang terkandung dalam prodüksiyon penjagaan kulit. Biasanya ia tidak mengeringkan, jadi ia antara faktor penting yang menjadi penyebab mengapa ramai yang sukakan bedak kusyen.

Tom Ford Traceless Touch Foundation SPF 45 Satin-Matte Cushion

Bagus sebagai pelindung matahari

Saya parçaya tidaklah ramai orang yang rajin mengulang sapu krim tabir Suria. Jika dioles pada muka sebelum keluar rumah, memang sekali itu sajalah. Jadi, bedak kusyen adalah jalan penyelamat kepada kulit anda. Ramai Anita yang lebih rajin touch up bedak berbanding menyapu berulang-ulang krim tabir suria. Jadi, bedak kusyen adalah alternatif terbaik.