#StayHomeWithGD - 101 Tip & Trik Dekorasi - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD – 101 Tip & Trik Dekorasi

Fahami dan kenali keperluan serta fungsi sesuatu ruang. Kemudian serasikan gaya hidup anda sebelum membuat pilihan dalam mencorakkan keindahan dan kesempurnaan tata hias dekorasi ruang kediaman.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

BIJAK PILIH PERABOT

Sama ada anda gemarkan jenis upholsteri, kulit atau kayu, berikut panduan bijak memilih jenis perabot.

1. Rasai keselesaan – Sebagai pengguna anda berhak mencuba dengan duduk di atasnya sebelum membeli. Pastikan tempat duduk masih mempunyai ruang dudukan bagi memastikan keselesaan.

2. Periksa kemasan – Perabot yang berkualiti seharusnya tidak menggunakan cat yang tebal, sekata atau menggunakan kemasan yang boleh menghilangkan kesan kotoran dan cela. Jangan kita tertipu dengan efek sebegini.

3. Teliti kusyen – Bentuk kusyen haruslah kemas dengan bahagian bucu sempurna bentuknya, perincian yang menarik bersama butang atau zip. Kontur kusyen perlulah padat dan lembut, bentuk yang tidak sekata bukanlah kusyen yang baik rekaannya. Sekiranya dijahit dengan baik, tidak akan ada masalah kekabu, bulu atau span yang terkeluar.

See also
Trend - Seni Tenunan Pelengkap Gaya Dekorasi

4. Lihat reka bentuk – Inilah faktor paling penting yang menentukan kualiti perabot yang sempurna. Ada baiknya diteliti secara keseluruhan perabot agar tidak ada sudut yang tidak seimbang atau ada sebarang cela.

5. Cuba angkat – Jika berkualiti baik, perabot seperti kerusi, sofa meja dan lain-lain kebiasaannya diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang baik seperti spring, bingkai dan kusyen. Daya bebannya juga mampu menampung dudukan yang selesa berbanding perabot yang kurang berkualiti, lebih ringan dan tidak seimbang.