Pereka Berbakat Kate Spade, 55, Menemui Ajal

Berita

Pereka Berbakat Kate Spade, 55, Menemui Ajal

73

Fesyen ikon dan pereka berbakat Kate Spade ditemui mati dalam pangsapurinya di Park Avenue, New York dalam keadaan tergantung menggunakan skarf. Polis juga telah mengesahkan kematiannya pada jam 10:26 AM waktu New York.

 

Pengurus rumah Spade merupakan individu pertama yang terserempak dengan Spade dalam keadaan tidak sedar diri dengan sehelai skarf merah yang dikatakan terikat pada tombol pintu bilik tidur dan telah menjerut lehernya. Spekulasi awal kini menyatakan dia telah mengambilnyawanya sendiri.

 

Selain pengurus rumah tersebut, suami Spade juga berada di tempat kejadian manakala anak perempuannya pula masih tidak dapat dihubungi. Sebuah nota juga dikatakan telah ditemui di tempat kejadian namun pihak bekruasa enggan memberikan sebarang komen sehingga siasatan selanjutnya.

 

Spade merupakan antara peneraju buat golongan pereka fesyen wanita di Amerika dengan visi kontemporarinya pada awal tahun 90-an dengan rekaannya yang senantiasa vibrant dan menarik perhatian. Gemar bereksperimen dengan corak dan gaya baru, rekaan Spade mula mendapat perhatian ramai sehingga jenama Kate Spade menjadi antara item yang harus dimiliki oleh mana-mana fashionista tanpa mengira generasi.

 

Melancarkan Kate Spade sebagai sebuah jenama pada tahun 1993, Kate Spade kini 140 butik di Amerika dan lebih daripada 175 butik pada peringkat antarabangsa. Pada tahun 2017, Coach a.k.a Tapestry Inc. telah membeli Kate Spade & Co. pada nilai $2.4 bilion.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *