Upacara Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Kini Bermula

Upacara Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Dilimpahi Kemewahan

Mengidamkan sebuah perkahwinan persis kerabat diraja impian anda sudah menjadi satu kebiasaan buat bakal pengantin era ini. Walaupun tidak memberikan tarikh tetap, that is the kind of wedding yang bakal dilangsungkan oleh Priyanka Chopra dan Nick Jonas.

 

Terletak di sebuah bandar yang cukup dikenali dengan rumah-rumah berona biru langit, Jodhpur, Rajasthan—Chopra dan Jonas telah memilih Istana Umaid Bhawan, yang dimiliki oleh Taj Hotels, untuk majlis perkahwinan mereka. Pasnagan ini baru sahaja selesai dengan upacara Puja sebelum diikuti dengan upacara berinai Mehendi, keraian Sangeet dan majlis perkahwinan rasmi mereka.

 

Istana ini telah dibina antara tahun 1928 dan 1943, mempunyai 347 bilik, sebuah muzium yang menampilkan sejarah koleksi kereta ahli kerabat diraja, kamar takhta, kolam renang, dan perpustakaan.

 

Daripada 26 ekar yang mernagkumi kawasan istana ini, 15 ekar merupakan kawasan lapang dan taman-taman indah yang turut didiami oleh beberapa ekor burung merak. Lihat foto-foto di bawah and be amazed.

6 of 19
Use your ← → (arrow) keys to browse