Ucapan Penuh Inspirasi Rihanna Selepas Menerima Penghormatan Daripada Parsons - Glam Malaysia

Ucapan Penuh Inspirasi Rihanna Selepas Menerima Penghormatan Daripada Parsons

Foto: Getty

Parson’s School of Design telah menganjurkan sebuah majlis amal pada malam Isnin di Pier Sixty dengan kehadiran tetamu berprofil tinggi dalam industri dan juga invidiu yang diberi penghormatan pada malam tersebut: Eileen Fisher, Karen Katz, dan the one and only Rihanna.

 

Ketiga-tiga individu ini diberikan penghormatan atas usaha mereka dalam persembahan, rekaan, dan membina masyarakat yang positif.

 

 

Rihanna menjadi tumpuan ramai pada malam tersebut melalui ucapannya sewaktu dia menerima penghormatan tersebut di atas pentas.

 

“Malam ini adalah untuk anda semua pada skala global, seperti yang kita ketahui, merupakan mereka yang menjadi inspirasi dalam pelbagai cara. Saya merasakan yang anda semua tidak diraikan dengan secukupnya. Anda patut diraikan untuk setiap aspek pembesaran anda, dan juga kesakitan yang anda lalui. Anda patut diraikan untuk kreativiti anda, untuk keberanian anda, kegigihan dan kesungguhan anda, untuk semua usaha yang telah anda lakukan untuk membina masa depan anda, menjadi berbeza, untuk tidak diberi pengiktirafan yang secukupnya,” Rihanna memulakan ucapannya.

See also
Dengan Sekali Lafaz, Izara Aishah Sah Bergelar Isteri Adib Khalid

 

“Ia merupakan perkara yang penting untuk saya datang ke Parsons, kerana anda semua adalah generasi yang seterusnya. Kami perlu mempercayai anda semua. Anda yang melihat dunia ini melalui mata yang segar dan perspektif yang baru. Anda yang mengambil berat terhadap  masa hadapan planet ini. Anda yang akan mengubah keadaan dunia yang sekarang. Dan, malangnya, anda juga sering tidak dihiraukan. Suara anda tidak didengari dengan sepenuhnya, dan anda adalah mereka yang suaranya harus didengari. Saya disini untuk memberitahu bahawa saya sedang mendengar, saya sedang melihat, dan selepas ini adalah giliran anda.”