Selena Gomez & The Weeknd Di Tempat Paling Gembira Di Dunia!

Selena Gomez & The Weeknd Di Tempat Paling Gembira Di Dunia!

Must be nice to be young and in love, no?

 

 

Selena Gomez dan teman lelaki penyanyi itu, The Weeknd, atau Abel dilihat meluangkan malam mereka bersama di taman tema Disneyland baru-baru ini. Pasangan yang telah menjalinkan hubungan bersama sejak Januari lalu, tiba di Disneyland yang terletak di Anaheim, Kalifornia itu di sekitar pukul 8:30 malam dan meluangkan masa berkualiti untuk bersuka-ria on popular rides seperti roller coaster Indiana Jones, Space Mountain, dan Haunted Mansion. 

 

 

Mereka “berboria” pada malam itu dengan mengenakan gaya atheleisure yang lebih kurang seakan. Abel menyarungkan helaian dari Puma serta jaket biru dan merah dan sneakers putih. Selena pula menggayakan look hitam dari hujung rambut hingga hujung kaki, dan melengkapkan gaya itu bersama dandanan bersahaja tocang dan tas tangan Twist rekaan Louis Vuitton. 

 

Mereka dilihat penuh dengan PDA (Public Display of Affection) pada malam itu — berpelukan dan berpegangan tangan. Selena dan Abel turut membeli snek-snek yang tersedia seperti churros ketika di taman tema yang sering dinobat “tempat paling gembira di dunia” itu. 

See also
Ucapan Kate Middleton Yang Menyentuh Perasaan