Kurang dua bulan dari melahirkan pasangan kembar terbaharu Hollywood, Rumi dan Sir Carter, Beyoncé dilihat bersama killer body terkenal beliau seperti dahulu!
Beyoncé tampilkan rupa menawan beliau itu ketika di konsert Kendrick Lamar di Los Angeles pada hari Ahad lalu.
Penyanyi Diva itu juga merupakan ibu kepada puteri berusia 5 tahun, Blue Ivy. Beyoncé menggayakan “look baharu” itu bersama blaus crop berona kuning terang oleh Fila bersama jaket oversized rekaan Mistress Rocks dan seluar jean high-waisted serta sepasang but kombat kontra!
Sealiran gaya ikonik Beyoncé, beliau mengaksesorikan stail tersebut bersama tas tangan Speedy oleh Louis Vuitton bersama tulisan “It’s Not Yours“. Bukanlah Beyoncé jika tiada kemasan emas, tidak? Penyanyi berusia 35 tahun itu mengenakan beberapa coker emas dan anting-anting gelung berlian. Dandanan beliau dihiasi rambut natural bervolum.
Beyoncé menghadiri konsert tersebut bersama Blue Ivy, teman rapatnya, dan bekas penyanyi bersama kumpulan Destiny’s Child, Kelly Rowland dan sepupu, Angie Beyince.
Beyoncé dan suaminya, Jay-Z menyambut kedatangan pasangan zuriat itu pada 13 Jun. Mereka mengikat tali pernikahan secara tertutup di New York City pada April 2008.