Rihanna Sendiri Tampil Untuk Mendidik Presiden Donald Trump
Dengan kejayaan berterusan dengan karier nyanyiannya, menceburi industri fesyen dengan Fenty Puma, dan baru-baru ini dengan jayanya melancarkan Fenty Beauty, Rihanna juga merupakan seorang aktivis dan telah lama memperjuangkan pendidikan, kesihatan, dan pencegahan kanser melalui Clara Lionel Foundation yang ditubuhkan pada tahun 2012.
Seperti selebriti-selebriti Hollywood yang lain, dia sendiri telah mencuba untuk mengetengahkan isu Hurricane Irma yang telah melanda beberapa kawasan kepulauan baru-baru ini meninggalkan kesan yang sangat dahsyat terhadap kawasan yang terlibat.
Dan kini Rihanna sedang rancak memberikan fokus kepada Puerto Rico yang terpaksa berdepan dengan Hurricane Maria dan menerangkan betapa teruknya kesan ribut itu terhadap negara itu. Namun nampaknya penyanyi tersebut juga menujukan fokusnya itu untuk mendidik none other than Presiden Amerika Syarikat sendiri, Donald Trump.
Hurricane Maria telah mengorbankan 16 orang penduduk tempatan dan menyebabkan berjuta penduduk kehilangan punca tenaga elektrik dan bekalan air bersih.
Tweet pertama rihanna kepada presiden tersebut adalah pautan kepada sebuah klip video yang menerangkan situasi Puerto Rico ikutan Hurricane Maria.
#PuertoRico https://t.co/tD6afk7PVM @realDonaldTrump ????????
— Rihanna (@rihanna) 2017년 9월 26일
Tweet kedua Rihanna kepada lelaki itu pula juga merupakan pautan daripada CBS News yang juga mengandungi klip video datuk bandar San Juan yang menyampaikan ucapannya juga cuba untuk menerangkan keadaan di sana disebalik tangisannya.
— @realDonaldTrump —-> https://t.co/fE1Rd3bMDp
— Rihanna (@rihanna) 2017년 9월 27일
Selain daripada dua tweet ini, Rihanna tidak menerangkan kenapa dia memilih untuk berkongsikan pautan-pautan ini dengan presiden itu namun sebabnya agak jelas sebenarnya.
Presiden Trump, pada hari yang sama dan selepas enam hari Puerto Rica dilanda bencana, telah mengkritik negara tersebut tanpa menghiraukan bencana yang telah mereka hadapi dan proses baik pulih yang mereka harus lakukan. Apabila membincangkan perihal Puerto Rico ini, Presiden Trump memilih untuk menyentuh isu ekonomi terdahulu sebelum dia memastikan yang bantuan akan diberi kepada Puerto Rico.
Texas & Florida are doing great but Puerto Rico, which was already suffering from broken infrastructure & massive debt, is in deep trouble..
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) 2017년 9월 26일
…It's old electrical grid, which was in terrible shape, was devastated. Much of the Island was destroyed, with billions of dollars….
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) 2017년 9월 26일
…owed to Wall Street and the banks which, sadly, must be dealt with. Food, water and medical are top priorities – and doing well. #FEMA
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) 2017년 9월 26일