Terkenal sebagai Ratu Swafoto sehingga berupaya menerbitkan buku foto menampilkan hasil swafotonya ‘Selfish’, Kim Kardashian West mendapati untuk mendapatkan portret keluarga yang sempurna adalah satu perkara yang sukar. But she made it!
Berkongsikan portret pertama mereka sebagai keluarga yang lengkap, Kim, Kanye, North, Saint dan little Chicago kelihatan menawan dan bersahaja dalam foto tersebut. Apa yang membuatkan orang ramai merasa mereka juga pernah melalui pengalaman yang sama adalah kapsyen.
“Saya rasa tidak ramai yang memahami kesukaran untuk mendapatkan gambar keluarga yang bagus. Ini hasilnya sebelum ketiga-tiga anak kami mula menangis. Saya rasa saya juga menangis,” ujar Kim.
Kecomelan ketiga-tiga anak mereka terserlah dengan celoteh masing-masing. North sedang cuba melawan daripada silauan matahari, Saint pula kelihatan terganggu oleh sesuatu, dan adik mereka Chi pula sedang tidur dengan tenang dalam dakapan ibu mereka.