Peragawati Kembar di Minggu Fesyen

Peragawati Kembar di Minggu Fesyen

Oleh: Mujahid Saddam

 
Memiliki wajah yang saling tidak tumpah antara satu sama lain dengan melangkah penuh gaya ke pentas peragaan, pasangan peragawati kembar cipta momen fesyen tersendiri di minggu fesyen musim bunga 2016. GLAM bawa anda kenali peragawati kembar yang menjadi pilihan rumah fesyen untuk berjalan di pentas mereka.
 

Lia Pavlova-horzGambar: Chanel

 
Lia & Odette Pavlova
Berasal dari Pskov, Rusia, pasangan kembar ini menjadi antara peragawati hangat yang melewati pentas musim bunga 2016 dari New York ke Paris. Kedua-dua mereka menjadi pilihan Karl Lagerfeld untuk berjalan di pentas Chanel Airlines, Balenciaga, Alexander Wang dan Prabal Gurung.
 
Odette turut menjadi pilihan di pentas antaranya Saint Laurent, Giambattista Valli, Ellie Saab dan Dior manakala Lia melewati pentas Coach, Rodarte, Maison Margiela, serta menjadi wajah eksklusif di Gucci.
 

amalie moosgaardGambar: Instagram Amalie Moosgard

 
Cecilie & Amalie Moosgaard
Mereka disunting sebagai wajah eksklusif di pentas Prada selain turut bersama melewati pentas Valentino. Wajah baru yang berasal dari Denmark ini adalah antara yang harus diberi perhatian musim ini. Walau usia yang masih hijau dalam industri modelling, Amalie turut menjadi pilihan di pentas Miu Miu dan Sonia Rykiel.
 
 

See also
Millennial It-Girl: Nia "Sleepylllama" Atasha