North West Duduk Di Baris Hadapan Pentas Balenciaga
Gambar: whowhatwear
Jika selalunya barisan hadapan pentas peragaan didominasi selebriti serta mereka yang berpengaruh di dunia fesyen, kini anak kepada Kim Kardashian dan Kanye West turut sama duduk sebaris di hadapan pentas Balenciaga sewaktu Minggu Fesyen Paris.
North duduk dipangku ibu serta turut ditemani bapanya. Keluarga itu berpakaian serba hitam bagi menyaksikan pertunjukan oleh Alexander Wang itu.
Anak kecil duduk di barisan hadapan minggu fesyen seakan trend hangat kebelakangan ini. Harper Beckham iaitu anak kepada David dan Victoria Beckham turut sama duduk di barisan hadapan pementasan koleksi ibunya semasa Minggu Fesyen New York.