Sidang Kemuncak Forbes Asia, Vivy & Neelofa Ke Manila
Keep making us proud, ladies!
Pengasas Bersama FashionValet, Vivy Yusof dan Neelofa, pelakon dan pengasas syarikat NH International yang terkenal dengan label hijab Naelofar, diterbangkan ke Manila, Filipina kelmarin buat acara sidang kemuncak Forbes Asia 2017.
Kedua-dua “gergasi” industri perniagaan fesyen tanah air ini telah dinobatkan dalam senarai termasyur Forbes Asia, yakni Forbes 30 Under 30 Asia 2017 yang mengetengahkan 300 individu terhebat di rantau Asia dalam lebih 10 bidang tertentu. Vivy dan Neelofa disatukan dalam kategori yang sama, iaitu dalam senarai “THE 30 UNDER 30 ASIA: RETAIL & ECOMMERCE“.
[soliloquy id="69157"]
Rangkaian hijab Naelofar kini dijual di lebih 35 buah negara dan mempunyai butik konsesi di Chelsea, London. FashionValet merupakan antara laman sesawang pembelian atas talian yang terpesat di rantau Asia, dengan lebih 400 jenama fesyen.
Sidang kemuncak ini menyatukan kesemua game-changers industri masing-masing buat mengongsikan pengalaman serta tunjuk ajar, among others, kepada satu sama lain.