Pernah atau tidak anda mencuba nasib meluahkan perasaan kepada selebriti kegemaran dan mengharapkan jawapan daripada mereka? Tidak? Well pengguna Twitter @WaladShami berbuat demikian dan dia mendapat jawapan lagi!
Selepas putus hubungan bersama pasangannya, Samer dengan berat hatinya meluahkan perasaan kecewanya kepada penyanyi pop Rihanna melalui fungsi Direct Messaging.
“Bagaimana awak mengatasi kekecewaan dalam bercinta buat kali pertama? Saya sedang menghadapi kesulitan berbuat demikian,” nyata Samer kepada Rihanna.
Namun apa yang tidak disangkakan oleh remaja ini adalah Bad Gal itu sendiri menjawab persoalannya dengan beberapa ayat pembakar semangat.
“Anggap sahaja kekecewaan itu adalah anugerah. Tangisi hal ini jika perlu, tetapi kesakitan ini tidak akan kekal selamanya. Awak akan berjumpa cinta lagi, dan ia akan menjadi lebih indah! Sementara itu nikmati segalanya mengenai diri awak!!!!” nyata Rihanna.