Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Seorang Bayi Perempuan

Nama Puteri Sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza Didedahkan

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penantian 12 tahun penyanyi kebanggaan Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya berakhir tanggal 19 Mac 2018 ini dengan kelahiran cahaya mata sulungnya tepat jam 8:17 pagi di Kuala Lumpur.

 

Bayi perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat dilahirkan melalui pembedahan caesarean dengan ukuran berat 3.55kg.

 

Penyanyi berusia 39 tahun ini mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) 12 tahun yang lalu pada tahun 2006 sebelum mengumumkan kehamilannya pada Oktober tahun lalu. Datuk Seri Siti juga merupakan ibu tiri kepada empat anak Datuk K melalui perkahwinannya sebelum ini.

 

Pengurus Datuk Seri Siti juga menyatakan kedua-dua ibu dan anaknya selamat dan berada dalam keadaan yang stabil. “Pasangan ini telah memilih hari Isnin sebagai hari kelahiran cahaya mata sulung mereka bersama kerana Rasulullah SAW juga dilahirkan pada hari yang sama. Malah hari ini juga merupakan hari pertama bulan Rejab mengikut kalendar Islam.”