Mariah Carey baru sahaja putus hubungan bersama ahli perniagaan Australia James Packer tetapi Mariah tidak perlukan masa yang lama untuk move on nampak gayanya.
Penyanyi tersebut dilihat bersama penari latar Bryan Tanaka bergurau senda di dalam air ketika berada di Grand Wailea Resort di Maui.
Mariah meluangkan masanya di Hawaii bersempena Thanksgiving pada hujung minggu lalu untuk bersama bekas suaminya Nick Canon dan anak kembar mereka.
Bekas tunang Mariah James pernah menunjukkan kecemburuannya terhadap hubungan Mariah dan Bryan apabila dia berjumpa dengan Bryan di belakang pentas dan menghalangnya untuk menghadiri persembahan Mariah di Caesar’s Palace.
Bryan juga bakal muncul dalam siri dokumentari Mariah ‘Mariah’s World’ yang bakal disiarkan 4 Disember ini melalui sluran E!