Mariah Carey terkenal dengan karakter divanya yang menjadi-jadi, apatah lagi ketika ditanya akan perkara yang tidak disukainya. Desas-desus khabar mengatakan bahawa penyanyi legend, Lionel Richie bakal mengambil tempatnya sebagai salah seorang juri di rancangan realiti, American Idol.
Apabila disoal ketika di temu bual Entertainment Tonight Isnin lalu, penyanyi We Belong Together itu menjawab, “Saya akan katakan, jangan lakukannya.”
“Tidaklah, saya hanya bergurau. Jika beliau [Lionel] mahu lakukannya, buatlah. Saya rasa beliau sangat sesuai,” sambungnya. Sebelum ini, Mariah pernah melabelkan tempoh singkat beliau menjadi juri di rancangan tersebut sebagai “pengalaman paling buruk dalam kehidupannya” ketika di temu ramah bersama sebuah siaran radio Australia. Hal ini kerana secara tidak sengajanya, suatu persengketan berputik bersama Nicki Minaj, yang juga seorang juri ketika itu.
“I don’t think they had any intentions for us to have a good experience doing that show. Pitting two females against each other wasn’t cool,” luah Mariah. Beliau hanya mampu bertahan satu musim sahaja sebelum meloloskan diri dari pergaduhan berpublisiti tinggi itu.