Maria Grazia Chiuri Berpindah Dari Valentino Ke Dior - Glam Malaysia

Maria Grazia Chiuri Berpindah Dari Valentino Ke Dior

Oleh: Suzie Adnan
 

image1 (1)

Maria Grazia Chiuri


 
Setelah 17 tahun di Valentino dan Lapan tahun bergelar Pengarah Kreatif Bersekutu di samping Pierpaolo Piccioli, dan hari ini terukir sejarah baru apabila Maria Grazia Chiuri  diumumkan sebagai Pengarah Kreatif baru di Dior. Satu lagi momen penting untuk Dior apabila Chiuri bakal menjadi pereka wanita pertama menduduki tampuk Pengarah Kreatif di rumah fesyen berkenaan yang sudah pun menjangkau usia 60 tahun.

 

Mengenali Maria Grazia Chiuri
1. Chiuri berusia 52 tahun dan merupakan anak seorang tukang jahit.
2. Dia memulakan kerjaya fesyennya sebagai pereka fesyen lelaki.
3. Chiuri pernah berkerja di Fendi di bawah seliaan Sylvia Fendi dan menjadi antara individu yang bertanggungjawab melancarkan beg ikonik Fendi baguette.
4. Valentino Garavani sendiri mempelawa Chiuri untuk membantu menghasilkan koleksi beg bagi jenama Valentino.
5. Koleksi aksesori Rockstud yang kini menjadi fenomena, berjaya memberi pulangan besar kepada Valentino lantas mengembalikan era kegemilangan jenama Itali tersebut.

 

See also
VMA 2016: Rihanna Ikon Fesyen & Muzik