Madonna sudah mempunyai dua orang anak kandung Lourdes Maria dan Rocco Ritchie dan dia juga turut mengambil dua orang anak angkat daripada Malawi sebelum ini pada tahun 2006 (David Banda) dan 2006 (Mercy James).
Madonna dan anak-anaknya di Malawi pada tahun 2013 Foto: Amos Gumulira/AFP PHOTO
Walaupun Madonna pernah menafikan pertanyaan mengenai permohonan pengambilan anak angkat sebelum ini, nampaknya penyanyi tersebut telah diberi kelulusan oleh pihak mahkamah untuk mengambil Stella dan Esther daripada Malawi ikutan kematian ibu mereka sejurus melahirkan pasangan kembar tersebut. Bapa mereka juga sudah memberi kebenaran kepada Madonna semasa perjumpaan mahkamah di Malawi.
Peguam Madonna menyatakan yang pihak mahkamah sangat berpuas hati dengan apa yang penyanyi itu telah lakukan untuk Malawi dan kasih sayangnya terhadap anak-anaknya juga menjadi salah satu faktor permohonannya diluluskan.