Laura Kim dan Fernando Gracia meneruskan legasi Oscar De La Renta - Glam Malaysia

Laura Kim dan Fernando Gracia meneruskan legasi Oscar De La Renta

Oleh: Nur Sofea
 

Laura and Fernando

Gambar: Refinery29


 
Oscar de La Renta telah melantik Laura Kim dan Fernando Gracia, duo pereka fesyen di sebalik label Monse sebagai Pengarah Kreatif Bersama.
 
Dua pereka fesyen itu tidak asing lagi dengan label fesyen itu. Kim pernah bekerja di label itu dari tahun 2003 dan berhenti sebagai pegarah reka bentuk manakala Gracia pula menyertai jenama itu pada tahun 2009 dan berhenti sebagai pereka senior. Kedua-dua mereka meninggalkan label fesyen itu pada tahun 2015 untuk menubuhkan label fesyen mereka iaitu Monse dan memperagakan koleksi pertama mereka untuk musim bunga/panas 2016.
 
Menerusi satu kenyataan dari Kim dan Gracia berkata “ Kami sungguh teruja untuk kembali semula ke tempat di mana kami belajar asas-asas fesyen dari Oscar dan perniagaan fesyen dari Alex. Setelah mempelajari lebih banyak mengenai fesyen bersama Monse, kami akan menggunakan apa yang sudah kami pelajari untuk meneruskan wawasan rumah fesyen yang hebat ini.”
 
CEO Oscar de la Renta, Alex Bolen turut mengulas, “Untuk beberapa tahun Laura dan Fernando  bekerja di sini mengetuai pasukan pereka kami, Oscar amat mengagumi bakat mereka dan karya mereka telah membawa kejayaan kepada syarikat kami. Dalam masa yang singkat, Laura dan Fernando telah berjaya menubuhkan Monse. Kami ingin membantu Monse memenuhi potensinya dengan menyediakan sistem operasi, kewangan dan logistic dari syarikat kami. Kami berharap Laura dan Fernando sekali lagi akan membawa kemahiran rekaan mereka yang luar biasa kepada Oscar de la Renta.”

See also
Chris Pratt & Anna Faris Berpisah Selepas 8 Tahun!