Sabtu lalu Entertainment Tonight melaporkan bahawa Kylie Jenner perlu memberi keterangan di mahkamah terhadap status kewangan teman lelakinya, Tyga yang merupakan seorang penyanyi rap.
Tyga disaman oleh pereka barang kemas selebriti, Jason Arasheben kerana berhutang sebanyak $270,000. Antara pembelian mewah yang dilakukan Tyga untuk Jenneradalah kereta Maybach dan Ferrari, cincin berlian serta dompet Gucci.
Peguam pereka barang kemas tersebut, Danny Abir berkata Tyga seharusnya melangsaikan hutang terlebih dahulu sebelum membeli kereta bernilai $320,000 untuk teman wanitanya.
“Kami akan bertanya tentang status kewangan beliautermasuklah sumber pendapatan yang membolehkannya membeli hadiah-hadiah mewah untuk Cik Jenner,”ulas Abir.