Adakah Kylie Jenner Kini Going Natural Again Dengan Penampilannya?

Kylie Jenner Membuat Keputusan Yang Besar Demi Bibirnya

Mogul muda dan bintang realiti TV, Kylie Jenner menjadi terkenal kerana bibirnya dan terima kasih kepada bibirnya pula lahirlah Kylie Lip Kits yang masih lagi menjadi kegilaan ramai sehingga kini. Sebelum ini Kylie berdiam diri sahaja sementara netizen mula mempersoalkan keaslian bibir mungil yang mula dipamerkan oleh Kylie. Kemudian Kylie sendiri mengaku dia menyuntik filler ke dalam bibirnya oleh kerana dia pernah dikritik oleh seorang lelaki dan sejak itu dia merasa tidak yakin dengan penampila bibirnya yang diwarisi daripada bapanya sendiri.

 

Pada bulan Mei yang lalu Kylie telah ditemu bual oleh kakaknya sendiri, Kim Kardashian, dan mereka mula membincangkan topik kejayaan Kylie dengan Kylie Lip Kit sebelum Kylie menyatakan yang oleh kerana rasa tidak yakin pada bibir sendiri, Kylie menggunakan gincu untuk menaikkan keyakinannya.

 

Namun baru-baru ini, seorang peminatnya mula perasan akan perubahan yang drastik namun tidak beberapa jelas pada bibirnya. Bibir mungil yang sering menjadi aksesori utama Kylie dikatakan sudah mula pudar dan dia kelihatan seperti Kylie yang dahulu. Kylie sendiri membalas komen tersebut dengan kenyataan yang mengejutkan “i got rid of all my filler.”

See also
LV Goes To Rio!

 

heat wave

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Kini tampil lebih yakin dengan bibir aslinya, Kylie mengaku rasa tidak yakin itu membuatkan dia rasa tidak senang selepas dia melahirkan Stormi namun dia menyembunyikannya dengan jenaka dan bersahaja. Dalam satu sesi Q&A terbaru di YouTube bersama teman baik, Jordyn Woods, Kylie menyatakan Stormi mewarisi bibir mungilnya daripada si bapa, Travis Scott. “She has the most perfect lips in the whole entire world. She didn’t get those from me. Thank her dad for those!”