Kumpulan Fifth Harmony Membidas Kritikan Terhadap Cara Mereka Berpakaian - Glam Malaysia

Kumpulan Fifth Harmony Membidas Kritikan Terhadap Cara Mereka Berpakaian

Girl group Fifth Harmony yang baru-baru ini mula menjalankan aktiviti sebagai empat ahli, selepas Camila Cabello meninggalkan kumpulan tersebut, lazim dikenali sebagai satu kumpulan yang sering berpakaian provokatif untuk setiap persembahan mereka dan ada sesetengah yang berpendapat bahawa ianya keterlaluan?

 

Dinah Jane, Lauren Jauregui, Ally Brooke, dan Normani Kordei semasa iHeartRadio Music Awards 2017
Foto: Birdie Thompson/AdMedia

Baru-baru ini Fifth Harmony telah ditanyakan pendapat mereka mengenai individu-individu yang mengkritik gaya dan pemakaian mereka di atas pentas dan jawapan mereka didn’t disappoint.

 

Lauren Jauregui yang memang lantang bersuara dalam mempertahankan hak wanita membidas kembali double standard yang ditetapkan:

 

Saya yakin bahawa kaum lelaki tidak pernah dipersoalkan kalau mereka terlalu seksi. Mereka lagi diagungkan apabila mereka membuka pakaian mereka. Golong wanita suka benda-benda macam itu. Mereka akan mengatakan ‘Yeahhhh! You’re so hot!’ tetapi apabila wanita membuka pakaian kami, ‘Wow, she’s such a hoe.’”

See also
Ralph Lauren Bakal Diberi Penghargaan

 

Dinah Jane, Lauren Jauregui, Ally Brooke, dan Normani Kordei semasa iHeartRadio Music Awards 2017
Foto: Birdie Thompson/AdMedia

Rakan sekumpulan Jauregei, Normani Kordei juga menyokong kenyataannya dan menyatakan bahawa sukar untuk mereka mendapatkan orang untuk menghargai muzik mereka tanpa perlu melibatkan gaya mereka.

 

“Apabila melibatkan persembahan, orang ramai akan mengadili kami hanya pada pakaian persembahan kami. Mereka akan berkata ‘Look at the hoe squad.’ Dan terdapat pelbagai meme di luar sana mengenai hal ini.”

 

Kenapa perlu kaitkan cara mereka berpakaian dengan bakat mereka? Tidak ada sebarang kaitan sedikit pun antara dua perkara ini so just enjoy the music, people.

 

“Saya rasakan yang kita menyekat diri kita sebagai wanita. Kita boleh jadi lebih bagus jikalau kita menyokong antara satu sama lain dan bukannya memandang wanita lain sebagai tandingan. Kita semua boleh menang,” tambah Normani dan GLAM juga setuju.