Semenjak koleksi cruise oleh Gucci di Westminster Abbey mendapat kepujian yang tiada henti, Gucci bakal melancarkan buku edisi terhad bertajuk ‘Blind for Love’.
‘Blind for Love’ akan menampilkan koleksi gambar-gambar kandid oleh jurugambar dan artis Nick Waplington dan juga gambar-gambar di sebalik tabir oleh Alessandro Michelle semasa persembahan di Westminster Abbey itu akan ditampilkan sekali bersama lirik-lirik lagu daripada lagu lama Inggeris ‘Scarborough Fair’. Lagu balad ini juga merupakan lagu yang dimainkan semasa pertunjukan koleksi cruise tersebut.
Buku edisi terhad ini akan dilancarkan oleh penerbit Assouline pada 1 Disember ini dan akan dijual di kedai-kedai dan juga online. Peringatan juga bahawa hanya 1000 naskhah sahaja yang dihasilkan untuk seluruh dunia.