Khloé Kardashian Membuat Keputusan Penting Demi Anaknya

Keputusan Muktamad Khloé Kardashian Selepas Teman Lelakinya Curang

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Minggu lalu dunia hiburan dan peminat Khloé Kardashian dikejutkan dengan berita teman lelakinya, Tristan Thompson, curang dengan seorang perempuan di sebuah kelab sementara teman wanitanya itu sedang sarat hamil dan menunggu masa sahaja.

 

Sejurus selepas berita ini tersebar, thanks to Daily Mail and TMZhampir semua yang mengenali Kardashian menyuarakan pendapa mereka untuk memutuskan hubungan dengan Thompson because she deserves better. Di sebalik semua suara ini, hanya keluarga Kardashian dan dirinya sendiri yang berdiam diri. Sehinggalah baru-baru ini.

 

Memulakan langkah pulihkan hubungan mereka, Kardashian yang sebelum ini menetap di Cleveland untuk bersama Thompson akan berpindah semula ke California. Kim, Kourtney, dan Kris telah melawat Kardashian di Cleveland selepas dia selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, True Thompson. Sumber yang rapat dengan keluarga Kardashian menyatakan kepada E! News “Khloé memberikan lebih tumpuan untuk bersama anaknya dan dia juga merindui keluarganya di California. Dia juga memahami keluarganya mempunyai kehidupan masing-masing dan mereka juga sibuk, namun dia sudah mula merasa keseorangan dan ingin pula ke rumahnya di LA. Segalanya telah tersedia buat True di LA.”

See also
Retorik: Impak Internet Menguasai Manusia