Putera Harry & Meghan Markle Membuat Penampilan Rasmi

Kenyataan Rasmi: Putera Harry Teruja Untuk Berkahwin Dengan Meghan Markle

Seperti yang diumumkan oleh Istana Kensington sebelum ini, perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle bakal berlangsung sekitar musim bunga tahun 2018. Beberapa jam selepas itu pasangan itu membuat penampilan rasmi di perkarangan Istana Kensington untuk satu sesi fotografi bersama media tempatan tengahari tadi (waktu London).

 

Foto John Rainford/WENN.com

Apabila ditanya tentang perasaan beliau, Putera Harry yang tampil dalam sut biru navy menyatakan yang dia merasa sengat teruja untuk mendirikan rumah tangga bersama Meghan. Dia enggan memberi keterangan selanjutnya perihal pertunangan mereka. Namun sempat menyatakan ia merupakan detik yang romantik.

 

Menjawab soalan tentang bagaiman dia merasa pasti Meghan adalah orangnya, Putera Harry menjawab,”The very first time we met.” Mereka turut mendedahkan yang pertemuan pertama mereka adalah melalui satu blinde date yang diaturkan oleh rakan mereka. Dari situ mereka membuat perancangan untuk bertemu lagi di London.

 

Meghan yang mengenakan kot putih daripada Line the Label dan dress Parosh pula menyatakan dia merasa sangat gembira dengan pertunangan mereka. Dia juga mengaku bahawa disebabkan dia daripada Amerika, banyak yang dia tidak arif tentang kerabat diraja sana.

See also
Izara Aishah Meterai Janji Cinta Bersama Adib Khalid

 

Foto Starmax/Newscom via ZUMA Press

“Because I’m from the States, you don’t grow up with the same understanding of the royal family. And so while I now understand very clearly there’s a global interest there, I didn’t know much about him. And so the only thing that I had asked her when said she wanted to set us up was – I had one question, I said, ‘Well, is he nice?’ Because if he wasn’t kind it just didn’t – it didn’t seem like it would make sense.”

 

Foto John Rainford/WENN.com

Putera Harry telah melamar Meghan dengan sebentuk cincin yang direka khas menggunakan dua batu permata daripada koleksi mendiang bondanya, Puteri Diana dan sebiji lagi batu permata daripada Botswana. Ini merupakan satu tradisi dalam kalangan kerabat untuk menggunakan perhiasan turun temurun.