Kendall Jenner Mengambil Langkah Drastik Untuk Melindungi Diri

Kendall Jenner Belajar Menembak Untuk Melindungi Diri Dari Stalkers?

Hidup sebagai seorang selebriti penuh dengan pancaroba, ada hari mereka perlu menghadap kritikan orang ramai dan pada hari yang lain pula terpaksa berdepan dengan khabar angin yang kadangkala tidak masuk akal logik. Bagi mereka yang “bertuah” pula, peminat mereka yang terlampau obses sehingga stalker menjadi pilihan kerjaya mereka.

 

Kendall Jenner baru-baru ini membuka cerita tentang perkara yang dia takuti dan perlu diharungi “literally once a week” sebagai seorang yang mempunyai nama di Hollywood dan model antarabangsa. Dalam episod terbaru Keeping Up With the Kardashians Kendall mengambil langkah berjaga-jaga bersama kakaknya Khloé demi keselamatan mereka.

 

Kedua-dua beradik ini membuat keputusan untuk belajar cara menggunakan pistol.

“Sekali seminggu saya akan berhadapan dengan penghendap, sesiapa sahaja muncul di depan rumah saya, mereka tunggu di luar rumah saya dan bahagian keselamatan tidak membenarkan saya keluar,” ujar Kendall.

 

Kendall juga mengaitkan insiden rompakan di Paris yang menimpa kakaknya, Kim, juga menjadi salah satu sebab dia juga merasa tidak selamat.

See also
Dolce & Gabbana Tidak Kisah Diboikot Kerana Melania Trump

 

“Saya merasakan kita telah menjadi sasaran yang besar dan sekarang orang memecah masuk rumah kita dan menghendap kita,” sambungnya lagi dan mengesahkan keluarga mereka terpaksa memperbaharui sistem keselamatan mereka ikutan insiden-insiden ini.

 

Hal ini kemudiannya dibawakan kepada Kim sendiri dan mereka mempersoalkan jika insiden itu mungkin berubah jika Kim mempunyai sepucuk pistol pada waktu itu di Paris.

 

Kim dengan pantasnya membidas kenyataan adik-adiknya itu. “Saya tidak akan menembak mereka, tiga berhadapan dengan enam atau tujuh, tidak ada cara untuk saya keluar dari situ, dan saya bukan Lara Croft. Saya pasti tidak sempat mendapatkan pistol itu.”

 

“Saya juga merasa tidak selesa dengan kweujudan pistol dalam rumah saya dan tidak mahu anak-anak saya berdekatan dengan benda itu. Saya juga tidak mahu mereka yang datang melawat dan tahu tentang kewujudan sepucuk pistol dalam rumah saya,” Kim menyuarakan pendapatnya tentang pemilikan pistol dalam rumahnya.