Wanita Berhijab Pertama Cover Girl Majalah Playboy

Kenali Wanita Muslim Pertama Menghiasi Muka Depan Playboy

Noor Tagouri, cipta sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama yang dipilih untuk menghiasi muka depan majalah Playboy edisi “Renegades”.
 

Edisi tersebut menampilkan individu berhijab dari pelbagai latar belakang yang ingin memecahkan stigma dalam bidang pekerjaan masing-masing.
 
“Saya ingin membuktikan kepada semua bahawa anda tidak perlu mengubah atau mengorbankan diri anda untuk melakukan apa yang anda minat,” ujar Tagouri kepada Playboy.
 

See also
Siapa Pemegang Watak Kate Middleton Dalam Filem King Charles III?

Dia berharap untuk menjadi pembaca berita berhijab pertama di Amerika Syarikat selain ingin mendapat peluang berucap di TEDxTalk.
 
“Saya hanyalah seorang wartawan yang memakai ‘hoodie’ tetapi saya juga adalah seorang pencerita, pakar motivasi, usahawan dengan hanya menjadi diri sendiri. Menerusi pencapaian saya, saya berharap ia mampu membuka peluang untuk individu lain juga,” tambahnya lagi.
 
Oleh: Lylatul Qadrina