Berakhir Sudah Hubungan Romantik Emma Maembong & Kamal Adli

Kembara Cinta Emma Maembong Dan Kamal Adli Sampai Ke Penghujungnya

Selepas tiga tahun menjalinkan hubungan romantik, pelakon tempatan kegemaran ramai Emma Maembong, 25, dan Kamal Adli, 31, sudah tidak lagi bersama kini mengikut laporan BH Online.

 

Foto Instagram/emma_maembongofficial

‘Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus,’ nyata Emma Maembong, atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Embong perihal status hubungannya kini.

 

Selain itu Emma juga tidak menolak dakwaan hubungannya berakhir akibat penglibatan pihak ketiga yakni seorang lagi pelakon Zahirah MacWilson, 22, yang terkenal dengan lakonannya dalam drama bersiri Duda Pujaan Dara bersama Kamal.

 

Set penggambaran Duda Pujaan Dara

Ura-ura mengatakan hubungan mereka goyah kebelakangan ini tersebar selepas laporan mendakwa Zahirah dan Kamal masih berhubung walaupun sesi penggambaran drama tersebut sudah tamat.

 

“Bila tanya ada keluar dengan Zahirah, dia tak nak mengaku, kenapa dirahsiakan. Bila kantoi baru nak minta maaf,” nyata Emma lagi.

 

“Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, chemistry yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi. Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain.”

See also
Tip Makan Angin Di Melbourne

 

Foto Instagram/zahirahmacwilson

Namun hal ini menjadi lebih complicated apabila Kamal dan Zahirah mula menyalahkan masing-masing dan membuatkan situasi ini secara tidak langsung sebagai kes he said, she said.

 

Kecewa dengan berita yang tersebar ini Zahirah membuat keputusan untuk berkongsikan cetakan skrin (yang kini sudah didelete) perbualan antara dirinya dan Kamal pada akaun Instagramnya dan diikuti dengan satu lagi pos baru.

 

[envira-gallery id=”73092″]

See also
Universiti Harvard Akan Menyampaikan Anugerah Kemanusiaan Kepada Rihanna

Klik untuk imej lebih jelas.

 

“Saya terpaksa muat naik status ini kerana saya sudah penat berdiam diri dan dipersalahkan,” ujar Zahirah.

 

“Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu.”

 

Emma juga turut berkongsikan hal ini telah diselesaikan apabila mereka bertemu untuk berbincang (Emma, Kamal, Zahirah, dan Zul Arifin) tentang hal ini.

 

Kamal pula menyatakan dia sendiri sudah penat menjawab segala pertanyaan.

“Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,” nyata aktor lelaki itu.